Monday, May 25, 2009

Sedikit tazkirah berkenaan solat

Berdasarkan pembacaan saya, menunaikan solat dengan menjaga solat adalah dua perkara yang berbeza. Menjaga solat adalah bersolat di awal waktu, manakala bersolat hanya menunaikan solat dalam waktunya. Menjaga solat adalah lebih baik daripada bersolat.

Sekadar peringatan bersama, wallahu'alam.

Monday, May 18, 2009

Gol & Gincu

Mungkin ade di antare kite yang pernah menonton drama bersiri Gol & Gincu di TV9 setiap ahad jam 9.30 malam. Teman memang x pernah tengok drama ni, tapi malam tadi terbukak TV9 tengok le jap drama tu. Ape yang teman perhatikan, style drama ni lebih bercorak 'urban' ato sepenuhnya menggambarkan kehidupan muda-mudi di ibukota. Pelakon pon sume bergetah dan jambu-jambu belaka. Plot drama banyak kat gelanggang futsal. Yang pompuan lak sume ade gaye dan bergincu. Agaknye tu sebab depa buboh tajuk drama ni Gol & Gincu.

Tapi yang menyedihkan teman ler, bahasa drama ni lintang-pukang..sume rojak Melayu + Omputih. Ade setengah tu ayat ringkas aje nak kabo..tapi tu jugak nak rojak. Kalo orang kampung ler nengok drama ni, deme pon getik. Kite sekarang sume dok pejuang keutamaan Bahasa Melayu, ade pulak anasir lain yang cuba melintang pukang bahasa. Kalo nak buat drama tempatan versi Omputih, buat ler bebeno..sume skrip kene ler Omputih. Eii geram teman!!


Moral : 'Rojak' yang ok rajak pesembor aje. Yang lain jangan memandai nak me'rojak'.

Friday, April 10, 2009

Stage Perhimpunan Agung UMNO 2009

Assalamualaikum W.B.T

Pabila berbicara tentang UMNO, sebenarnya bukan perihal politik yang dimaksudkan untuk ruang ini. Bukannya teman tak berminat dengan politik atau jahil apa itu politik. Kalau jahil, barangkali UMNO pon teman tak tau menatang ape tu. Teman tengok ler, hebat bebeno perhimpunan baru-baru ni, dengan perebutan jawatan tertinggi parti, kisah rasuah politik..memang dok tumpu ler kt PWTC tu. Ada sesape yang ragu-ragu ape bende PWTC tu?..haa itu lah die Pusat Dagangan Dunia Putra @ kubu kuat UMNO.

Satu perkara yang menggamit perhatian teman adalah perihal rekaan 'stage' utama. Kalo tengok dari pelan asal memang nampak gah..teman rase ler. Namun begitu pabila bermulanya persidangan, pabila semua penjawat jawatan tertinggi parti naik dan duduk di atas stage..teman tengok ade yang tak kene, ade yang kureng. Emm teman perasan dari jauh ler..sume pemimpin yang duduk tu nampak tenggelam, nampak kepale yang bersongkok aje..agaknye kalo x pakai songkok tinggi, orang x perasan kot kepala orang ke ape tu, hehee.

Ibarat bebudak darjah 1 berdiri depan kaunter kantin nak beli nasik lemak, kan nampak kepala aje..betoi tak?hahaa. Lagi satu, kome pernah tengok kot biase orang pompuan gi spa mandi wap dalam kotak tu,haa mcm tu ler ibaratnye stage perhimpunan UMNO baru-baru ni. Mungkin panel penilai atau jawatankuasa pengelola perhimpunan akan datang perlu lebih peka dan teliti dalam memilih design stage yang sesuai, khususnya yang sedap mata memandang..tak nampak macam kepale bebudak lagi,hahaa.

Wallahualam.

Monday, March 30, 2009

Ekspres Rakyat Koc First Class

Assalamualakum W.B.T

Perihal koc first class pasti mengingatkan kita kepada suatu suasana yang mewah, selesa, luas, cantik, bergaya dan yang seangkatan dengannya. Namun begitu mungkin pengalaman ini boleh mencalarkan tanggapan sebegitu kepada istimewanya koc first class.

Kebetulan dah lama rasanya tidak merasai pengalaman nak keretapi, mungkin lebih daripada 10 tahun...tergerak di hati untuk kembali merasainya. Gadis kaunter KTMB bertanya "En. nak naik koc yang mane? Koc 1st class ke 2nd class?". Maka aku pon termanggu sekejap, dalam hati "Musti best naik 1st class ni, cemane yer rasenye..hahaa. Maka aku pon beli ler tiket koc 1st class dari ibukota ke selatan tanahair.

Tepat jam 2.10 pm, tren Ekspres Rakyat yang aku naik pon beransur keluar daripada stesen yang gah di ibukota. Nak dijadikan cerita, dalam dok mengimpikan keistimewaan naik koc 1st class..rupanya semua itu ibarat 'jauh panggang dari api'.Jeng jeng jeng...ha ni kawan nak cerita apa itu koc 1st class yang kawan dah naik baru-baru ni. Kerusi yang dh season, dh pecah-pecah akibat dihentak dengan kasut, warna kusyen dah luntur,kusyen dah tak empok.. dok berjam-jam pasti kematu pinggul..kain langsir berbau hangit, alas lantai yang dh lunyai kene pijak, tandas usah cerita ler bau hangit die.

Bezanya koc 1st class dengan koc yang lain..koc 1st class ni depa bagi ler makan sikit, sebijik muffin dengan ayor mineral. Seat mmg ler VIP seat tapi rasenye seat bas Red & Yellow lagi up to date. Haa lagi satu..staff kabin yang dok bagi muffin tu awat sume jantan, dah ler tu selekeh, janggut berserabai, takde imej 'mesra' langsung. Semua ni bukannya nak condemn KTMB sepenuhnya, tetapi sebagai pengguna perkhidmatan kita wajar merasai perkhidmatan yang sewajarnya. KTMB perlu postmortem segera untuk menambahbaik servis yang sedia ada.

Moral : Rugi duit jer naik tren 1st class, baik naik FireFly..hahaa

Thursday, March 26, 2009

27 Mac 2009, sebelom semayang jumaat

Assalamualaikum...

Tu dia baghu hari ni terpikir nak menuleh nyer. Dari kisah ibu mengandung, sampaikan anak pon dh nak masuk 5 bulan ni. InsyaAllah lepaih ni teman akan mule berkongsi ceghite di sini. Semoge kalian enjoy.

Wallahu'alam.