Monday, March 30, 2009

Ekspres Rakyat Koc First Class

Assalamualakum W.B.T

Perihal koc first class pasti mengingatkan kita kepada suatu suasana yang mewah, selesa, luas, cantik, bergaya dan yang seangkatan dengannya. Namun begitu mungkin pengalaman ini boleh mencalarkan tanggapan sebegitu kepada istimewanya koc first class.

Kebetulan dah lama rasanya tidak merasai pengalaman nak keretapi, mungkin lebih daripada 10 tahun...tergerak di hati untuk kembali merasainya. Gadis kaunter KTMB bertanya "En. nak naik koc yang mane? Koc 1st class ke 2nd class?". Maka aku pon termanggu sekejap, dalam hati "Musti best naik 1st class ni, cemane yer rasenye..hahaa. Maka aku pon beli ler tiket koc 1st class dari ibukota ke selatan tanahair.

Tepat jam 2.10 pm, tren Ekspres Rakyat yang aku naik pon beransur keluar daripada stesen yang gah di ibukota. Nak dijadikan cerita, dalam dok mengimpikan keistimewaan naik koc 1st class..rupanya semua itu ibarat 'jauh panggang dari api'.Jeng jeng jeng...ha ni kawan nak cerita apa itu koc 1st class yang kawan dah naik baru-baru ni. Kerusi yang dh season, dh pecah-pecah akibat dihentak dengan kasut, warna kusyen dah luntur,kusyen dah tak empok.. dok berjam-jam pasti kematu pinggul..kain langsir berbau hangit, alas lantai yang dh lunyai kene pijak, tandas usah cerita ler bau hangit die.

Bezanya koc 1st class dengan koc yang lain..koc 1st class ni depa bagi ler makan sikit, sebijik muffin dengan ayor mineral. Seat mmg ler VIP seat tapi rasenye seat bas Red & Yellow lagi up to date. Haa lagi satu..staff kabin yang dok bagi muffin tu awat sume jantan, dah ler tu selekeh, janggut berserabai, takde imej 'mesra' langsung. Semua ni bukannya nak condemn KTMB sepenuhnya, tetapi sebagai pengguna perkhidmatan kita wajar merasai perkhidmatan yang sewajarnya. KTMB perlu postmortem segera untuk menambahbaik servis yang sedia ada.

Moral : Rugi duit jer naik tren 1st class, baik naik FireFly..hahaa

1 comment:

Anonymous said...

nice info.. but i want to try for d first time this weekend.. ehehe, salamm brader hensem itteww